Operasi pencarian Eric dihentikan: Polis

Iklan
Gambar hiasan

KUCHING - Operasi pencarian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie, di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak Ahad lepas, telah dihentikan pada 6 petang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata, walaupun pelbagai inisiatif pencarian telah diambil pasukan operasi, namun pencarian Eric telah terbatas oleh beberapa faktor antaranya bentuk muka bumi, ancaman binatang buas, cuaca dan keadaan air pasang surut.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini, operasi pencarian belum mendapat sebarang petunjuk.

"Pasukan siasatan akan meneruskan tumpuan siasatan secara saintifik bagi merungkai petunjuk yang ada,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada malam Sabtu.

Iklan

Ashmon berkata, pihak polis juga sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam mengenai kes tersebut.

Pada 14 Mac lepas, polis telah mengklasifikasikan kes kehilangan Eric sebagai kes bunuh melibatkan dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

Iklan

Sebelum ini, kanak-kanak itu telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas. - Bernama