JUARA dunia, Fabio Quartararo dari Yamaha, akan mengemudi perlumbaan Moto Grand Prix (GP) Indonesia selepas tampil dengan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Mandalika.
El Diablo berusia 22 tahun kelahiran Nice bumi Perancis memahat catatan masa 1:31.067 saat (s), mengakhiri perlumbaan di Qatar sebelum ini di kedudukan kesembilan sambil diikuti dua pelumba Ducati, Jorge Martin (1:31.280s) dan Johann Zarco (1:31.378s) untuk kedudukan kedua serta ketiga.