PELUMBA Ferrari, Charles Leclerc merekodkan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain, sekali gus menyaksikan pelumba dari Monaco tersebut mengetuai petak permulaan di Bahrain.
"Kritikan demi kritikan sepanjang dua tahun lalu merentap semangat pasukan. Kali ini kami hadir untuk musim permulaan di GP Bahrain dengan persediaan lebih rapi bagi lebih kompetitif," ujar Leclerc