PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard menyifatkan kekalahan 0-1 kepada Arsenal tidak seharusnya berlaku dan mengakui bencikan kekalahan.
Menurutnya, kekalahan itu disebabkan kerana pemain-pemain dilihat tidak mempunyai keyakinan diri bagi berdepan The Gunners.
Katanya, disebabkan tidak memiliki keyakinan diri, agak sukar untuknya merencana percaturan taktikal bagi mengharungi perlawanan tersebut.
"Secara keseluruhannya saya memang bencikan kekalahan dan kali ini ia (kekalahan) berlaku ketika berdepan Arsenal.
"Bukan itu sahaja, pemain juga kelihatan bergelut bagi menyesuaikan diri dan seterusnya mengekang asakan-asakan lawan pada perlawanan itu.
"Justeru, perkara-perkara seperti ini perlu diperbaiki pada perlawanan-perlawanan akan datang supaya kelab ini kembali ke landasan kemenangan,” katanya.
Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park pada Ahad, menyaksikan Aston Villa tewas 0-1 kepada Arsenal hasil jaringan tunggal Bukayo Sanka pada minit ke-30.
Kekalahan itu menyaksikan Aston Villa berada pada kedudukan kesembilan EPL dengan 36 mata berbanding Arsenal yang kian mengukuhkan kedudukan pada tangga keempat dengan 54 mata.
Sementara itu, Gerrard mengakui skuad kendaliannya itu mengalami kesukaran ketika berdepan Arsenal hingga menyaksikan mereka tewas 0-1 di Villa Park pada Ahad.
Menurut Gerrad, biarpun beraksi agresif tetapi pemain dilihat masih gagal melepasi kawalan benteng pertahanan The Gunners hingga ke wisel penamat.
"Sejak wisel permulaan, kami berdepan kesukaran dan pemain dilihat seolah-olah tidak pasti dengan asakan yang diatur.
"Selain itu, asakan-asakan yang dilancarkan ke gawang lawan tidak menepati sasaran selain mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan,” katanya.