Polis cari pemandu Toyota Hilux tular pandu berbahaya

Iklan
Rakaman video memaparkan aksi pemandu Toyota Hilux yang menghimpit kenderaan lain.

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang memandu secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata, video kejadian durasi satu minit 35 saat tular di laman sosial dengan memaparkan kenderaan pacuan empat roda melakukan buli di jalan raya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenderaan itu cuba menghimpit kenderaan lain sehingga hampir berlaku kemalangan.

"Hasil siasatan awal kejadian itu berlaku di KM139.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kilang Oleochemical, Perai kira-kira jam 2.49 petang.

Iklan

"Insiden menunjukkan kenderaan pacuan empat roda itu menghimpit sebuah kenderaan lain dan hampir berlaku kemalangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Shafee berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu pacuan empat roda dan pemandu kenderaan yang dihimpit dalam kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Iklan

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta kerjasama kepada saksi kejadian agar tampil untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222.