KOTA KINABALU - Isu penempatan setinggan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini antara yang akan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik di Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
Jelasnya, perkampungan atas air di beberapa penempatan harus disusun semula berikutan beberapa siri kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Saya akan berbahas esok (Isnin), antara yang dibangkitkan adalah soal sosial ekonomi masyarakat dan juga perkembangan semasa iaitu termasuk isu susun atur penempatan kebakaran yang kita lihat bersiri di Sabah.
"Kita tidak mahu mereka ini dianak tirikan, kerajaan pandang sebelah mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tukar Minyak Enjin, di perkarangan Surau Austral, di sini, pada Ahad.
Tambah beliau, isu penempatan setinggan juga berkait rapat dengan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.
"Saya lihat isu setinggan ini banyak disokong oleh PATI, jadi kita tidak mahu rakyat tempatan menjadi anak tiri kerana kehadiran PATI.
"Jadi keseluruhan itu antara perkara yang akan saya bahaskan dalam sidang DUN nanti," katanya.