Dua pusat hiburan diserbu polis

Iklan
Polis menyerbu dua buah pusat hiburan di ibu kota, kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Dua buah pusat hiburan di ibu kota diserbu polis pada Ahad, susulan ingkar terhadap prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam ke atas kedua-dua pusat hiburan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dalam serbuan pertama, terdapat 12 individu terdiri daripada 10 warga tempatan manakala dua lagi warga asing yang berumur antara 18 dan 45 tahun.

"Pengunjung warga tempatan termasuk pengurus dikompaun RM1,000 setiap seorang manakala warga asing disiasat mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut Noor Dellhan, dalam serbuan kedua terdapat seramai 140 warga tempatan berusia dari 18 hingga 65 tahun di pusat hiburan tersebut.

Katanya, tindakan kompaun juga diambil terhadap pengunjung serta pemilik premis itu.

Iklan

"Dalam serbuan kedua,kesemua 140 pengunjung warga tempatan itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000," katanya.

Serbuan dijalankan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi.