SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di negeri sebelah utara, pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak pada petang Ahad.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling); dan Perak (Hulu Perak).
Iklan
Iklan
Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang); dan Pahang (Lipis, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Bagi Sarawak pula melibatkan Kuching, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit; dan Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Semporna dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Amaran dikeluarkan pada 4.15 petang itu dijangka berlaku sehingga jam 8 malam pada Ahad.