BEIJING - Pihak berkuasa China mengenakan perintah berkurung terhadap jutaan penduduk di Jilin sebagai langkah terbesarnya menangani penularan Covid-19 sejak tempoh dua tahun.
Jilin, bandar kedua terbesar di wilayah ini akan mengenakan perintah sama yang membabitkan 4.5 juta penduduk selama tiga hari bermula malam Isnin.
Iklan
Iklan
Difahamkan lebih 4,000 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh China pada Ahad, antaranya dua pertiga di wilayah Jilin yang bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia.
Jurucakap di wilayah Changchun berkata, pihaknya turut mengenakan langkah sama selama tiga hari.
Sejak 11 Mac lalu, sembilan juta penduduk di wilayah Changchun hanya dibenarkan keluar setiap dua hari untuk membeli makanan. - AFP