Protes harga barang naik di Sepanyol

Iklan
Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa protes di Madrid. - AFP

MADRID - Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di seluruh jalan raya di Sepanyol pada Sabtu bagi membantah kenaikan harga makanan, bil elektrik dan bahan api yang diburukkan lagi pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Difahamkan perhimpunan berlangsung di bandar-bandar besar di Sepanyol, yang dianjurkan parti sayap kanan, Vox dengan menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial mengenai peningkatan kos sara hidup sehingga menyebabkan isi rumah terpaksa mengikat perut untuk membayar bil utiliti mereka.

Iklan
Iklan

Di luar City Hall di Madrid, sekumpulan penunjuk perasaan mengibarkan bendera Sepanyol dan melaungkan slogan kemarahan dan menggesa Perdana Menteri, Pedro Sanchez meletakkan jawatan. - AFP