MOSCOW - Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad mengumumkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan dari bandar Mariupol bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pengarah Pusat Pengurusan Pertahanan Rusia, Kolonel-Jeneral Mikhail Mizintsev berkata, koridor berkenaan mula dibuka pada jam 10 pagi waktu Moscow (0700gmt) dari bandar Mariupol ke timur dan barat.