Dua rumah teres terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan dua unit rumah teres di Jalan Dato Haji Harun, Taman Taynton View di sini pagi Isnin.

KUALA LUMPUR - Dua buah rumah teres musnah dalam kebakaran di Jalan Dato Haji Harun, Taman Taynton View di sini pagi Isnin.

Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syawal Sulong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 pagi.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan dua unit rumah teres jenis satu tingkat di lokasi kejadian.

"Kebakaran itu membabitkan 100 peratus kemusnahan di rumah pertama dan 30 peratus rumah kedua," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ujarnya, anggota bomba mengalami kesukaran ketika kerja-kerja pemadaman ekoran arus elektrik masih mengalir.

"Bagaimanapun dengan kecekapan anggota bomba, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.35 pagi daripada merebak ke rumah bersebelahan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Iklan

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, seramai 25 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi kejadian.