KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menggesa pihak pengawalseliaan supaya membenarkan penggunaan mata wang digital seperti kripto untuk membantu golongan muda yang menggunakan mata wang ini secara aktif terutama dalam platform perdagangan token ‘non-fungible’ (NFT).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya akan meneliti cara untuk meningkatkan penyertaan golongan muda dalam mata wang tersebut.