BIARPUN menerima tentangan sengit, pengendali Manchester City, Pep Guardiola lega apabila skuad kendaliannya itu berjaya menewaskan Southampton 4-1 di St Mary pada Isnin, bagi mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA.
Guardiola mengakui City berdepan cabaran sukar daripada skuad kendalian Ralph Hasenhüttl itu terutamanya di sepanjang separuh masa pertama sebelum meledak tiga gol pada separuh masa kedua bagi mengesahkan kemenangan.
"Secara keseluruhannya, ia bukanlah satu kemenangan yang boleh disifatkan selesa buat kami dan tirai kita kini bakal memasuki musim rehat antarabangsa.
"Kami juga sedar ketika masih berbaki dua bulan sebelum saingan musim ini melabuhkan tirai, kami akan terlibat dalam tiga perebutan trofi. Kami kini di separuh akhir Piala FA, suku akhir Liga Juara-Juara dan berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Oleh itu, kami menetapkan bahawa kami perlu menganggap setiap perlawanan yang diharungi sebagai aksi final selain memastikan kami tidak boleh tewas dalam mana-mana perlawanan perebutan trofi berkenaan,” katanya.

Guardiola berkata sesuatu kepada pemain City, Jack Grealish pada aksi suku akhir Piala FA di St Mary pada Isnin. - Foto Sport Illustrated