Bantuan I-Fitri dibayar bermula 17 April

Iklan
Hanafiah menunjukkan risalah permohonan Bantuan I-Fitri akan dibuka selama 10 hari bermula jam 10 pagi Selasa.

KUALA TERENGGANU – Bayaran dana raya, Bantuan I-Fitri 2022 kepada rakyat negeri ini yang layak akan dibuat bermula 17 April depan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemohon bantuan bagi kategori A yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih RM2,500 akan menerima RM400 dan dijangka melibatkan seramai 128,450 orang dengan peruntukan RM51.3 juta.

"Penerima bantuan kategori B yang memperoleh pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima sebanyak RM250. Ia melibatkan 20,250 penerima dengan kewangan sebanyak RM5 juta,” katanya di sini pada Isnin.

Iklan

Hanafiah berkata, permohonan Bantuan I-Fitri akan dibuka selama 10 hari bermula jam 10 pagi Selasa dan pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my.

"Antara syarat ditetapkan ialah rakyat Terengganu yang menetap di negeri ini, berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20) dan berpendapatan isi rumah bulanan tidak kurang RM2,500 bagi kategori A dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk kategori B.

Iklan

"Pemohon yang berjaya akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing,” katanya.