Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi

Iklan
MAIPs membenarkan jemaah di negeri ini menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi, susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini. - Gambar hiasan

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah di negeri ini menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi, susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti Covid-19.

Iklan
Iklan

"Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan sebagainya kekal dilarang untuk hadir ke masjid,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan MAIPs, pada Isnin.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, jemaah turut dibenarkan menuaikan solat tanpa penjarakan fizikal, tetapi bagi aktiviti lain seperti kuliah agama masih diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

Iklan

"Beta berharap Fasa Peralihan Ke Endemik ini menjadi permulaan baharu kepada semua untuk menempuh normalisasi pasca-COVID nanti,” titah baginda. - Bernama

Iklan