Shereen Vallabouy harungi cabaran getir untuk kejar impian

Iklan
Shereen Vallabouy

KUALA LUMPUR - Pencapaian cemerlang atlet negara, Shereen Samson Vallabouy di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Divisyen II National Collegiate Athletic Association (NCCA), Amerika Syarikat pada 12 Mac lepas, adalah hasil usaha gigih beliau selepas mengharungi cabaran yang amat getir.

Anak bongsu kepada bekas bintang olahraga negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar itu berkata, walaupun dia telah didiagnosis menghidap skoliosis ringan bahagian atas belakang (masalah tulang belakang) pada 2019, beliau masih percaya bahawa diagnosis itu tidak akan menghalangnya untuk bersinar dalam mengejar impiannya sebagai atlet.

Iklan
Iklan

"Memiliki minda untuk mencapai emas dan terus memberi kepercayaan kepada proses yang dilalui, adalah salah satu aspek utama, kerja keras sememangnya bukan perkara yang mudah, dan ia adalah satu proses untuk mencapai puncak kecemerlangan.

"Selama bertahun-tahun saya menjaga tubuh badan saya untuk berada dalam keadaan sihat, kekal konsisten dan terus mempercayai proses itu akan membantu saya mencapai impian emas yang saya impikan,” katanya dalam siaran secara langsung di program Bernama TV, pada Isnin.

Iklan

Pada 12 Mac lepas, Shereen memenangi emas dalam acara 400 meter tertutup wanita di kejohanan yang berlangsung di Pittsburgh State University dengan catatan masa 53.79 saat (s), memecahkan rekod 12 tahun Northern Sun Intercollegiate Conference.

Catatan masa Shereen itu bukan sahaja memecahkan rekod pencapaian terbaik beliau 54.94s, tapi juga memecahkan rekod 16 tahun rekod nasional dalam dewan 54.58s yang dipegang Noraseela Mohd Khalid.

Iklan

Shereen berkata, pada awal perjalanannya dalam olahraga semasa berumur 13 tahun, beliau kerap mengalami hamstring, malah sakit belakang teruk, yang terpaksa dilaluinya.

Malah pelbagai masalah dan halangan yang dihadapi oleh atlet berusia 23 tahun itu, kerap kali memaksa beliau untuk menarik diri daripada beberapa kejohanan, dan menurutnya ibu bapanya memainkan peranan penting mengesan bakatnya dalam olahraga semasa membantunya dalam proses pemulihan.

"Saya masih ingat semasa berumur 13 tahun, saya bertanya kepada ibu, sama ada saya perlukan seorang jurulatih, dan tiba-tiba dia mentertawakan saya dan berkata dia pasti boleh menjadi jurulatih saya. Malah ibu melatih saya sehingga berumur 15 tahun sebelum saya masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) dan mengembangkan bakat saya di bawah jurulatih K.Jayabalan,” tambahnya. - Bernama