MIROS bentang cadangan had laju kepada DBKL pada April

Iklan
Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Persidangan Dewan Undangan Negara pada Isnin.

SHAH ALAM - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan membentangkan kajian dan penelitian berhubung cadangan melaksanakan had laju kenderaan di pusat bandar raya Kuala Lumpur kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada April ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, had laju baharu yang dicadangkan adalah 30 kilometer (km) dan 50 km per jam, dan sekiranya keputusan tersebut tepat dan dipersetujui maka ia akan dilaksanakan pada September tahun ini.

Iklan
Iklan

"Bagi penjelasan oleh Ahli Dewan, had kelajuan baharu yang dicadangkan hanya melibatkan kawasan mempunyai had 60 km dan 40 km per jam.

"Bagi kawasan yang 70 dan 80km/j tidak terlibat dalam kajian dan penelitian cadangan ini,” katanya di Dewan Negara pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan pandangan atau pendirian DBKL terhadap cadangan MIROS untuk melaksanakan had laju kenderaan 30kmj hingga 50kmj di kawasan terpilih, mengikuti langkah bandar raya Paris yang mewartakan had laju tersebut pada Ogos 2021.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, cadangan untuk melaksanakan had laju tersebut adalah baik.

Iklan

"Ia akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang basikal dan pejalan kaki,” ujarnya.