Pencari besi buruk

Iklan

Zakaria Mohamad, 45, dari Kampung Semariang mencari besi buruk untuk dijual ketika tinjauan Bernama di kawasan pembuangan sampah berhampiran Jalan Pasir Pandak, Santubong kira-kira 25 kilometer dari bandaraya Kuching, hari ini.

Zakaria mampu memperolehi sekitar 15-20 kilogram (kg) besi buruk setiap hari untuk dijual kepada kilang besi dengan harga RM1/kg.

Iklan
Iklan

Beliau yang tidak mempunyai pekerjaan dan tidak berkeluarga mendapat bantuan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching setiap bulan, namun ianya tidak cukup untuk menampung hidupnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas.