Jangan timbulkan prasangka: Radzi

Iklan
Tangkap layar hantaran Facebook Radzi pada Isnin.

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mahu masyarakat tidak menimbulkan sebarang prasangka yang tidak berasaskan fakta.

Ia berikutan tular di media sosial yang mendakwa Menteri Pendidikan hilang dan mempersoalkan perancangan berhubung masalah pembelajaran kerana sudah memasuki bulan April.

Iklan
Iklan

Mohd Radzi berharap masyarakat mendoakan semua urusan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipermudahkan bagi mencari kaedah terbaik untuk masa hadapan pelajar yang merupakan pewaris negara.

"Ada yang hantar tangkap layar ini kepada saya. Kemudian saya dimaklumkan hantaran tersebut telah dibetulkan dan akhirnya dipadamkan.

Iklan

"Mungkin penulis telah sedar akan kesilapan di dalam penulisan beliau. Saya doakan yang terbaik kepada penulis.

"Semoga perkara sebegini menjadi pedoman kepada kita. Menimbulkan prasangka itu mudah bila fakta tidak diendah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan