Rancang tubuh Mahkamah Rayuan Perusahaan

Iklan
M Kula Segaran

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia merancang menubuhkan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Perusahaan seiring pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, penubuhan mahkamah itu telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Ia akan dimasukkan dalam akta pada holistiknya yang akan dibawa ke Parlimen dalam bulan Jun ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang ingin tahu rancangan kementerian untuk mengadakan mahkamah lebih tinggi bagi Mahkamah Perusahaan termasuk meminda seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Iklan

Kula Segaran juga bersetuju untuk meminda Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengehadkan kuasa menteri dalam akta berkenaan.

"Saya adalah orang yang percaya bahawa kita perlu mengehadkan kuasa menteri dan saya telah setuju dan itu telah dimasukkan dalam akta cadangan,” katanya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat mewujudkan satu juta peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat negara ini termasuk berusaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan domestik.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menambah nilai kerja melalui inovasi dan kreativiti dengan memperbanyakkan elemen automasi yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

"Kita juga mengambil langkah-langkah yang sesuai bekerjasama dengan industri untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing bergaji rendah," katanya ketika menjawab soalan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu usaha-usaha yang dilakukan kerajaan bagi mencapai hasrat satu juta pekerjaan berkualiti seperti dalam manifesto PH. - Bernama