Bentang RUU Anti Lompat Parti segera

Iklan
Mohamed Khaled

SHAH ALAM - Kerajaan digesa membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dengan segera.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rang undang-undang yang sepatutnya dibentangkan itu sebenarnya langkah yang sangat progresif dan menjadi sebahagian daripada reformasi politik yang didukung oleh UMNO dengan sokongan Pakatan Harapan.

Iklan
Iklan

"Sokongan bipartisan sedemikian bukan sahaja unik tetapi menggambarkan betapa Malaysia sedang bergerak di landasan betul dalam kematangan politiknya.

"Apalagi bila Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah menjadi mangsa kecurangan wakil rakyat mereka yang melompat.

Iklan

"Dan tindakan mereka itu telah menyebabkan Malaysia mengalami ketidakstabilan politik yang merencatkan kemajuan dan pembangunannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, jika dibiarkan terlalu lama penangguhan pembentangan rang undang-undang tersebut akan menimbulkan keraguan rakyat mengenai komitmen UMNO dalam menjuarai reformasi politik dan institusi seperti yang dijanjikan

Iklan

"Justeru, ikhtiar yang penting sebegini, janganlah dilengah-lengah lagi dan mesti diberikan segala keutamaan oleh kerajaan,” ujarnya.