Covid-19: 63 kematian baharu, 21 BID

Iklan
Seramai 358 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 63 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Iklan
Iklan

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,463.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,245 kes.

Iklan
Jumlah keseluruhan kematian di negara ini akibat Covid-19 adalah sebanyak 34,463. - Data sumber KKM

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 58 kematian, diikuti Kedah dengan 58 dan Perak (56).

Iklan

KKM turut merekodkan 17,828 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,010,952.

Sebanyak 17,828 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Isnin. - Data sumber KKM

Terdapat 263,821 kes aktif di seluruh negara dengan 255,133 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,447 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 6,883 kes dirawat di hospital dan 358 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kadar penggunaan katil di ICU ialah 59 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.7 peratus.