95 cedera, dua kereta api bertembung di Tunisia

Iklan
Polis memeriksa kerosakan pada salah satu lokomotif yang terlibat dalam kemalangan dua kereta api di kawasan Jbel Jelloud di selatan ibu kota Tunisia pada Isnin. - Foto AFP

TUNIS - Sekurang-kurangnya 95 orang cedera apabila dua kereta api bertembung di selatan ibu kota Tunisia, Tunis pada pagi Isnin, lapor Xinhua memetik seorang pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam.

Kemalangan berlaku di kawasan Jebel El Jloud berhampiran stesen utama Barcelona yang terletak di tengah-tengah Tunis apabila sebuah kereta api jarak jauh melanggar kereta api lain yang bergerak di landasan sama, kata Samir Oueslati, pemangku pengarah serantau Perlindungan Awam seperti dilapor stesen radio swasta Mosaique FM.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kata jurucakap Pertahanan Awam, Moez Triaa, hanya satu kereta api yang membawa penumpang.

Menurutnya, tiada kematian dilaporkan dan kebanyakan yang cedera mengalami patah tulang serta lebam.

Iklan
Iklan

Sistem kereta api Tunisia telah menyaksikan beberapa kemalangan maut dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Bernama