MPJL sedia 239 petak niaga bazar Ramadan

Iklan
MPJL menyediakan 239 petak niaga di empat lokasi bazar Ramadan tahun ini. Gambar kecil: Raja Norazli

JEMPOL - Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) menyediakan empat lokasi bazar Ramadan pada tahun ini membabitkan 239 petak niaga.

Yang Dipertua MPJL, Raja Norazli Raja Nordin berkata, empat lokasi itu di Bandar Seri Jempol, pekan Batu Kikir, Pusat Perniagaan Angsana dan Bandar IOI.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 70 petak niaga disediakan di Bandar Seri Jempol, 54 petak di Batu Kikir, 40 petak di Pusat Perniagaan Angsana dan 75 petak di Bandar IOI.

"Kami juga sudah melantik tiga pihak iaitu Persatuan Peniaga dan Usahawan Bergerak Negeri Sembilan (PPUBNS), Pesatuan Peniaga Batu Kikir dan Kelab Komuniti Anak Muda Bersatu Jempol untuk menguruskan bazar Ramadan terlibat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Katanya, penganjur bazar pula dipilih selepas mereka menghantar kertas kerja dan profil yang dikehendaki sebelum kita mengenal pasti penganjur yang layak.

"Penganjur perlu menyediakan kawalan mencukupi seperti anggota Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) serta memantau jumlah kehadiran pengunjung," katanya.

Iklan

Jelasnya, jumlah petak sedia ada ini turut mengambil kira faktor penjarakan pemasangan khemah peniaga selain penganjur perlu memastikan kesemua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

"Mereka yang terlibat ini perlu membayar RM250 bagi setiap petak niaga manakala khemah perlu disediakan sendiri oleh peniaga.

"Kita juga amat mengalakkan kesemua peniaga terlibat supaya mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 bagi mengekang penularan Covid-19," katanya.