SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Selangor melanjutkan waktu operasi bagi Taman Eko Rimba (TER) di negeri ini mulai 1 April depan.
JPN Selangor menerusi hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, Taman Eko Rimba akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
"Selain itu, JPN Selangor turut membenarkan aktiviti perkhemahan yang melibatkan bermalam di TER," kata kenyataan itu.
Pada Disember lalu, waktu operasi TER dari jam 7.30 pagi hingga 3 petang iaitu pada Isnin hingga Jumaat.
Pada Sabtu dan Ahad serta cuti pelepasan am pula, ia dibuka dari jam 7 pagi hingga 3 petang.
Bagaimanapun aktiviti perkhemahan yang melibatkan bermalam di TER tidak dibenarkan.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi JPN Selangor di talian 03-55447000 / 7507 / 7337 atau emel admin_eco_park@forestry.gov.my. atau melayari laman sesawang http:// forestry.selangor.gov.my.