MCMC siasat kes klip video 'panas' Zul Ariffin

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat kes melibatkan pelakon, Zul Ariffin berkenaan klip video 'panas' di media sosial.

Menurut kenyataan MCMC pada Selasa, satu laporan sahaja sudah cukup untuk agensi itu melaksanakan siasatan.

Iklan
Iklan

"Satu laporan sudah cukup untuk MCMC menjalankan siasatan, itu adalah peruntukan prosedur undang-undang," kata kenyataan itu.

Pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter memaklumkan Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Iklan

Annuar berkata, pelakon itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

Pelakon itu sebelum ini memuat naik klip sebuah drama di Instagram yang dianggap keterlaluan hingga dikecam netizen.

Iklan

Tindakannya itu mendapat kecaman pelbagai pihak sebelum beliau membuat permohonan maaf pada Isnin.