Arsenal mahu lanjut kontrak Saliba

Iklan
Saliba -Foto Mediianews

AKSI mantap dipamerkan pertahanan Arsenal, Willilam Saliba ketika beraksi secara pinjaman dengan gergasi Ligue 1, Marseille membuatkan pengurusan Arsenal merancang untuk melanjutkan kontrak pemain berusia 20 tahun itu.

Dalam satu kenyataan rasmi, kelab berkenaan turut merancang untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pemain berkenaan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kami merancang untuk melanjutkan kontraknya bersama kelab ini untuk satu tempoh yang lebih lama.

"Kami juga percaya, Saliba akan menjadi aset penting buat The Gunners berikutan aksi mantap yang dipamerkannya bersama Marseille ketika ini.

Iklan

"Malah aksi mantapnya itu turut mendapat perhatian pengendali Perancis, Didier Deschamps yang turut memanggilnya bagi mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan buat kali pertama,” menurut kenyataan rasmi itu lagi.

Untuk rekod, Salliba dipanggil bagi menggantikan Benjamin Pavard menjelang aksi persahabatan antarabangsa berdepan Ivory Coast pada 26 Mac dan Afrika Selatan (30 Mac).

Iklan

Sementara itu, pihak pengurusan Arsenal menyifatkan turut berbangga dengan panggilan menyertai latihan skuad kebangsaan Perancis yang diterima Saliba.

"Kami di Emirates tumpeng berbangga dengan panggilan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu penghormatan juga buat kelab ini.

"Diharapkan, Saliba akan dapat meneruskan aksi cemerlangnya bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan skuad kebangsaan Perancis,” katanya.