Selepas seminggu berlalu...

Iklan
Orang ramai berjalan melepasi poster selepas serangan masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu. - Foto Reuters/Jorge Silva

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Seminggu selepas tragedi berdarah, Masjid al Noor di Christchurch, di sini akan dibuka semula untuk jemaah pada Jumaat.

Menerusi laporan Reuters, ketika ini, kerja-kerja membaik pulih, mengecat dan pembersihan sedang giat dijalankan bagi memastikan jemaah Muslim dapat menunaikan solat Jumaat, esok.

Iklan
Iklan

Polis New Zealand dalam kenyataan berkata, pihaknya memberi jaminan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

"Kami akan hadir esok untuk memberi jaminan kepada umat Islam yang menghadiri sembahyang Jumaat.

Iklan

"Polis telah bekerja tanpa henti, melakukan segala-galanya untuk mengumpulkan semua bukti di lokasi berlakunya kejadian itu bagi membolehkan orang ramai kembali ke masjid secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Rabu mengumumkan laungan azan ketika solat Jumaat akan disiarkan menerusi televisyen dan radio di seluruh negara itu.

Iklan

Selain itu, sesi bertafakur selama dua minit juga akan diadakan pada hari yang sama.

Menurut Ardern, ia merupakan tanda sokongan kepada umat Islam di sana untuk kembali ke masjid.

Susulan kejadian serangan itu, polis bersenjata telah mengawasi masjid-masjid di negara ini.