AS kecam tindakan Rusia melabel FB, Instagram sebagai 'pelampau'

Iklan
Ned Price. - Foto ANI

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan sebuah mahkamah di Moscow yang melabel Facebook dan Instagram serta syarikat induk Meta sebagai"pelampau" selepas gergasi media AS itu membenarkan pengguna platform berkenaan mengutuk ahli politik dan tentera Rusia susulan konflik di Ukraine, lapor Sputnik.

"Kami mengecam keputusan mahkamah Moscow untuk melabel Meta, termasuk Facebook dan Instagram, sebagai"pelampau".

Iklan
Iklan

"Serangan terhadap platform ini mesti dihentikan," kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price melalui akaun Twitternya pada Isnin.

Mahkamah daerah Tverskoy Moscow pada Isnin memutuskan untuk mengharamkan Facebook dan Instagram dalam bahasa Rusia kerana bersifat ekstrim.

Iklan

Keputusan mahkamah itu dijadual berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, larangan itu dikenakan ke atas semua aplikasi Meta tidak termasuk WhatsApp. - Bernama

Iklan