Rasuah projek MRT: Lima individu termasuk Datuk ditahan

Iklan

PUTRAJAYA - Tiga pengarah dan dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Menurut sumber SPRM, empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk serta seorang wanita berusia antara 43 dan 63 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam (Isnin).

Iklan
Iklan

Sumber SPRM itu berkata, dua bekas pengarah syarikat itu dipercayai telah menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat tersebut sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada 2017.

Tiga pengarah syarikat kejuruteraan itu kini direman hingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 manakala dua bekas pengarah pula tidak direman atas faktor kesihatan.

Iklan

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas menerima permohonan SPRM.

Dua bekas pengarah itu pula diperintah hadir ke Ibu Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan. - Bernama

Iklan