Media Rusia tidak sengaja dedah jumlah sebenar kematian tentera

Iklan
Tentera Ukraine turut melaporkan ramai anggota turut terkorban dibedil Rusia. - AFP

MOSCOW - Media Rusia secara tidak sengaja mendedahkan 'hampir 10,000 tentera' telah terbunuh manakala 16,000 cedera ketika menceroboh Ukraine sejak 24 Februari lalu, lapor Dailymail.

Menurut kiraan rasmi Rusia, kira-kira 10,000 tentera telah terkorban dalam masa kurang empat minggu ketika bertempur dengan tentera Ukraine.

Iklan
Iklan

Jumlah kematian itu telah didedahkan oleh sebuah laman web pro-Rusia, Komsomolskaya Pravda dan ia kemudian ditarik balik serta merta.

Terdapat spekulasi bahawa jumlah tersebut dimuat naik oleh kakitangan yang pro-Ukraine di mana Rusia sebelum ini mengakui seramai 498 tenteranya telah terkorban.

Iklan

Dakwaan itu muncul ketika gambar satelit menunjukkan bukti lanjut bahawa tentera Rusia masih mara di seluruh Ukraine.

Jumlah sebelumnya mendedahkan seramai 9,861 tentera Rusia terkorban manakala 16,153 cedera.

Iklan

Dalam pada itu, Ukraine meletakkan jumlah kematian tentera Rusia kepada 15,000 orang, iaitu jumlah kematian lebih tinggi yang diletakkan oleh Amerika Syarikat sebanyak 7,000 orang. - Agensi