1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan pihak Najib

Iklan
Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, yang merupakan saksi pendakwaan ke-13.

Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa soalan yang dikemukakan oleh peguam Najib, Datuk Hariharan Tara Singh tidak relevan dan meminta mereka (mengajukan soalan) yang lebih baik untuk menjimatkan masa mahkamah.

Iklan
Iklan

"Saya tidak lihat kaitannya. Saya sudah lama bersabar dengan semua dokumen yang dikemukakan kepadanya, ia mestilah ada kaitan dengan soalan itu.

"Jadi, saya akan sangat berterima kasih sekiranya rakan saya dapat menerangkan kepada kami dan Yang Arif, kaitan soalan yang telah diajukan kepada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas CEO 1MDB),” kata Sri Ram.

Iklan

Dalam pemeriksaan balas, Hariharan bertanya kepada Ismee mengenai kejadian yang berlaku melibatkan Shahrol dan Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang.

AKAN MENYUSUL

Iklan