Empat masjid diserang di Birmingham

Iklan
Tingkap masjid di Jalan Slade dipecahkan menggunakan tukul oleh penyerang tidak dikenali.

LONDON - UNITED KINGDOM. Sekurang-kurangnya empat buah masjid di Birmingham diserang minggu ini.

Polis West Midlands mengesahkan serangan itu berlaku antara malam Rabu dan awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Masjid di Jalan Witton, Jalan Birchfield dan Jalan Slade merupakan antara yang diserang.

Polis turut mengesahkan penyerang bertindak memecahkan tingkap masjid di jalan Birchfield dengan menggunakan tukul.

Iklan

Tiada kecederaan di laporkan dan motif serangan belum dikenal pasti namun polis percaya serangan ada kaitan antara satu sama lain. - Agensi

Iklan