Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang terbakar

Iklan
Video tular memaparkan insiden kebakaran melibatkan Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang pada Selasa.

SEPANG - Pejabat Pentadbiran Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.15 petang.

Iklan
Iklan

"Sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah bilik di tingkat satu berkeluasan 4.57 meter (m) x 4.57m yang terbakar 80 peratus.

Iklan

"Kebakaran dapat dikawal dan kerja-kerja pemadaman lanjut sedang berjalan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan punca kebakaran masih dijalankan.

Iklan