PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun bagi membantu siasatan skandal projek melibatkan badan berkanun berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 48 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini selepas hadir memberi keterangan.