Ketua OIC seru 'negara Islam bersatu' lawan dasar Aparteid Israel

Iklan
Hissein Brahim Taha. Foto Fail/AFP

NEW DELHI- Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha pada Selasa mengecam penindasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan di Baitulmaqdis.

Isu Palestin adalah tumpuan utama pertubuhan itu dan menuntut Israel menamatkan polisi mengenai penempatan haram,"meyahudikan” Baitulmaqdis dan serangan tanpa henti ke atas pusat tumpuan umat Islam, termasuk Masjid Al Aqsa, katanya.

Iklan
Iklan

Beliau mendakwa rejim zionis itu melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin, merampas tanah, melakukan penahanan sewenang-wenangnya, aparteid dan pembersihan etnik.

"Perbuatan haram ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa yang berkaitan, perjanjian dan resolusi," katanya ketika berucap pada sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC di Islamabad.

Iklan

Beliau menyeru anggota OIC"memperkukuh semangat perpaduan dan bersama-sama menentang""jenayah dan serangan Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah tamat."

Beliau turut menyentuh mengenai beberapa isu antarabangsa, termasuk krisis Rohingya, Jammu dan Kashmir, serta peperangan di Yaman dan krisis di Ukraine.

Iklan

Berhubung"isu Jammu dan Kashmir” OIC mengkritik pemansuhan India terhadap status autonomi terhad di wilayah majoriti Muslim, katanya.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Menteri Luarnya Shah Mahmood Qureshi dalam ucapannya turut membangkitkan isu Jammu dan Kashmir. - Bernama