Covid-19: 10,455 kes kategori satu, 32,561 sembuh

Iklan
Dr Noor Hisham

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 10,455 kes atau 48.67 peratus daripada 21,483 kes baharu Covid-19 pada Selasa adalah pesakit bagi kategori satu manakala 10,862 kes lagi atau 50.56 peratus adalah pesakit kategori dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya adalah kategori tiga melibatkan 57 kes (0.27 peratus), kategori empat dengan 46 kes (0.21 peratus) dan kategori lima pula sebanyak 63 kes (0.29 peratus).

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan jumlah keseluruhan 166 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 51 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

"64 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak manakala 51 kes lagi sudah menerima dos penggalak.

Iklan

"Selain itu, 91 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 96 kes lagi mempunyai komorbid dan dua kes melibatkan ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kluster baharu direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 284.

Iklan

"Sebanyak 339 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 150 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula sebanyak 189.

"Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 209 kes dilaporkan dengan 86 kes disahkan Covid-19 dan 123 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 32,561 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,745,229 kes setakat ini.

Katanya, tiga negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Kuala Lumpur mendahului sebanyak 70 peratus, Johor 62 peratus dan Selangor 60 peratus.