PEMAIN nombor satu dunia, Ash Barty mengumumkan persaraan daripada tenis profesional pada usia 25 tahun ketika berada di puncak karier sambil menyifatkan dia telah mencapai matlamat tenisnya selain letih dengan kehidupan siri jelajah.
"Ash Barty merupakan individu yang mempunyai begitu banyak impian yang dia ingin kejar selepas ini tidak semestinya melibatkan perjalanan mengelilingi dunia, jauh dari keluarga saya, jauh dari rumah saya, di mana saya sentiasa mahu berada.
Iklan
Iklan
"Sejujurnya saya tidak akan pernah berhenti meminati tenis, ia telah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan namun saya fikir adalah penting untuk menikmati kehidupan sebenarnya sebagai Ash Barty dan bukannya atlet," kata Barty di akaun Instagramnya.
Untuk rekod, Barty menghabiskan 121 minggu sebagai pemain nombor satu dunia.
Barty menoktahkan perjalanan kariernya dengan 15 gelaran, kurang dua bulan selepas memenangi Terbuka Australia, kejayaan ketiganya dalam perseorangan Grand Slam selepas Wimbledon 2021 dan Terbuka Perancis 2019.