Bapa rogol anak usia 8 tahun hingga mati ditahan

Iklan
Suspek, WD, ditahan setelah dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 8 tahun hingga mati. - Kumparan NEWS

SEMARANG - Seorang lelaki di Indonesia ditahan setelah dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 8 tahun hingga mati pada 18 Mac lalu di Semarang, Jawa Tengah.

Suspek berusia 41 tahun yang hanya dikenali sebagai WD ditahan polis selepas didapati wujud kecederaan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Iklan
Iklan

Suspek turut mengaku melakukan perbuatan itu akibat tidak dapat menahan nafsu setelah sering menonton video lucah, lapor Kumparan News.

Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang tinggal bersama ibu kandung diminta untuk pergi ke rumah suspek yang juga ayah kandungnya di daerah Tlogosari, Pedurungan.

Iklan

Difahamkan suspek dan ibu mangsa sudah bercerai lima tahun lalu, namun mangsa dan suspek kerap bertemu.

"Suspek merupakan bapa kandung mangsa.

Iklan

"Yang melaporkan kejadian ialah ibu kandung mangsa atau bekas isteri suspek," kata polis.

Ketika berada di rumah suspek, mangsa yang ketika itu tidak sihat diberikan ubat lalu tertidur.

Saat mangsa terbaring di sisinya, suspek mula melakukan tindakan tidak sewajarnya kepada anak kandungnya itu.

Difahamkan mangsa yang tidak bermaya cuba menolak namun tidak mampu melawan.

Akibat daripada tindakan oleh suspek, mangsa dilapor mengalami sawan.

Melihat keadaan mangsa, suspek bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital.

Namun menurut polis mangsa ketika itu telah pun meninggal dunia.

Mayat mangsa akhirnya dikebumikan pada Sabtu, 19 Mac lalu. - Awani