Rumah terbakar, dua remaja sempat selamatkan diri

Iklan
Anggota bomba bertungkus memadam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di Bandar Setiu.

SETIU - Sebanyak dua rumah musnah dalam kejadian kebakaran di jalan Bandar Permaisuri –Jertih dekat Kampung Pelong, Bandar Permaisuri petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3. 45 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.48 petang

Menurutnya, seramai 15 anggota dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jertih bersama dua jentera bomba dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sudah merebak ke rumah kedua sebelum kebakaran itu berjaya dikawal 24 minit kemudian,” katanya.

Mustafa berkata, rumah pertama yang dipercayai terbakar tidak ada penghuni ketika kejadian berlaku. Sementara rumah kedua yang berdekatan terdapat dua remaja perempuan berusia 11 dan 17 tahun tetapi mereka sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kejadian.

Iklan

Menurutnya, punca kejadian dan kos kerugian masih dalam siasatan.