Peniaga lega terima bantuan KUSKOP

Iklan
Gambar dari kiri: Tamilarasi, Tan Yock Fong, Rahida Mohd Mokhtar.

TEMERLOH -"Tahun lepas memang tahun yang penuh dugaan buat saya," kata peniaga kedai makan, Rahida Mohd Mokhtar,43 selepas premis niaga miliknya di Taman Murni Lanchang di sini ditenggelami banjir pada Januari dan Disember tahun lalu.

Menurutnya, banyak peralatan kedainya dihanyutkan air selain rosak termasuk peti ais, tong ais, periuk dan banyak lagi peralatan memasak dalam bencana alam tersebut.

Iklan
Iklan

"Sememangnya banjir tahun lalu, saya terjejas teruk selepas dua kali ditimpa banjir dalam tempoh setahun dan kali ini kerugian dialami kira-kira RM5,000.

"Saya pun baharu nak kembali berniaga pada Khamis ini dan berharap semuanya berjalan lancar serta dipermudahkan selepas. Jadi bantuan yang diterima ini sangat melegakan saya," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Rahida antara peniaga kecil dan penjaja yang menerima Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia bernilai RM3,000 seorang yang disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar di Dewan Tun Razak pada Selasa.

Kelegaan itu turut dikongsi Tan Yock Fong, 70, yang membuka kedai kopi dan mendakwa dia mengalami kerugian kira-kira RM30,000 akibat banjir baru-baru ini.

Iklan

"Semua barang habis rosak dan musnah sebab memang tidak sempat selamatkan apa-apa dalam kejadian banjir kali ini.

"Saya amat amat hargai bantuan ini dan akan gunakan sebaik mungkin," katanya yang memaklumkan kedai miliknya kembali beroperasi kira-kira sebulan lalu.

Dalam pada itu, pengusaha kedai cuci kereta, B Tamilarasi, 43 berkata, bantuan yang diterima daripada KUSKOP itu akan digunakan untuk menggantikan peralatan yang rosak dalam kejadian banjir tahun lalu.

Katanya, dia yang kembali memulakan operasi kedai cuci keretanya Februari lalu telah mengalami kerugian kira-kira RM30,000 berikutan banyak peralatan cuci kereta rosak dan tidak dapat diselamatkan.

"Bukan sahaja premis perniagaan terjejas, rumah saya juga turut ditenggelami banjir," jelasnya.

Sementara itu, seorang kontraktor, Bahari Muhamed, 52, berkata, kejadian banjir di Mentakab tahun lalu itu turut menyebabkan pejabatnya terjejas.

"Selain itu beberapa projek tidak dapat dijalankan akibat banjir menyebabkan kerugian buat saya.

"Bantuan diterima ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi syarikat untuk beroperasi semula," katanya