Polis Selangor rekod keterangan 'Kak Long 7E' kes hina OKU

Iklan
Polis Selangor telah merekod keterangan 'Kak Long 7E', di IPD Subang Jaya pada Rabu, selepas tular videonya didakwa perlekehkan OKU.

SHAH ALAM - Polis merekod keterangan Wan Noor Baizura, 33 atau lebih popular dengan gelaran 'Kak Long 7E' pada Rabu berhubung siasatan didakwa menghina dan memperlekehkan nasib orang kurang upaya (OKU) dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Keterangan wanita itu diambil pada hari ini (Rabu) di IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

"Tindakan rampasan juga akan dibuat yang mengaitkan dengan siasatan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

Iklan

Pada Selasa, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sebanyak enam laporan diterima membabitkan kes terbabit di seluruh negara iaitu dua di Selangor manakala satu laporan masing-masing di Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Rohaimi berkata, pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada polis Selangor memandangkan kertas siasatan telah dibuka di negeri itu.