Stesen amaran banjir milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan di Kampung Sungai Bangat ketika tinjauan sempena Hari Meteorologi Sedunia 2022 yang diraikan pada 23 Mac setiap tahun. Stesen amaran awal banjir itu dilengkapi dengan sistem telemetri yang berfungsi sebagai mekanisma transit dan menghantar data bagi pengesanan awal paras air sungai dan mengaktifkan sistem siren amaran banjir. Selaras dengan tema Sambutan Hari Meteorologi Sedunia pada tahun ini ialah 'Amaran Awal dan Tindakan Awal' atau 'Early Warning and Early Action' dan mengutamakan kepentingan maklumat hidrometeorologi dan iklim bagi mengurangkan risiko bencana. Menurut badan Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan meteorologi dan hidrologi, pihak berkuasa pengurusan bencana dan agensi pembangunan adalah asas kepada pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas yang lebih baik.- Foto Bernama
Stesen Amaran Banjir JPS Labuan
Iklan