Memorandum desak RUU Anti Lompat Parti dibentang segera

Iklan
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (depan kanan) dan Mohamad (tengah) ketika menerima memorandum daripada wakil Bersih dan Ketuanan Pengundi berhubung desakan agar pembentangan RUU Anti Lompat Parti oleh kerajaan disegerakan di Parlimen.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Rakyat mendesak agar pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti oleh kerajaan dapat disegerakan di Parlimen.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu berkata, desakan tersebut dibuat melalui satu memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersih dan Ketuanan Pengundi.

Iklan
Iklan

"Hal ini sudah tentu sejajar dengan pendirian PH yang jelas mahu kerajaan menyegerakannya supaya negara mempunyai sistem politik yang stabil, setelah dirosakkan oleh ahli-ahli Parlimen khianat.

"NGO juga dengan tegas menolak pembentangan IPCC iaitu Independent Police Conduct Commission yang dibentang oleh kerajaan Perikatan Nasional pada tahun 2020.

Iklan

"Memorandum dan segala pandangan yang diterima semalam akan segera disampaikan kepada pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tindakan segera, insya-ALLAH,” katanya dalam satu hantaran pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 18 Mac lalu memaklumkan, RUU Anti Lompat Parti hanya akan dibentang di Dewan Rakyat sebaik pendapat serta input daripada semua pihak diperoleh dan sesi libat urus selesai.

Iklan

Wan Junaidi turut membayangkan bahawa RUU itu berkemungkinan dibentang pada Sidang Khas Parlimen mengambil kira sidang Dewan Rakyat kali ini akan berakhir pada Khamis depan.

Katanya, kabinet memutuskan bahawa RUU tersebut masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain khususnya BN dan Perikatan Nasional (PN) yang tertangguh disebabkan bagi memberi laluan kepada PRN Johor.

Jelas Ahli Parlimen Santubong lagi, penangguhan itu juga adalah bagi memastikan pindaan RUU berkenaan mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.