Suami isteri direman bocorkan maklumat tender LLM RM1.2 juta

Iklan
Kedua suspek dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret, Putrajaya, pagi Rabu.

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri ditahan reman lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes bocorkan maklumat tender Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bernilai lebih RM1.2 juta.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Menurut sumber, pasangan suami isteri berusia 44 dan 42 tahun itu ditahan SPRM petang Isnin selepas hadir memberi keterangan.

"Suspek wanita yang juga seorang pengarah dan terbabit dalam pemilihan kontrak LLM dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta kepada suaminya.

Iklan

"Perbuatan tersebut dilakukan sebagai balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai sub kontraktor kepada satu lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada tahun 2020," katanya.

Kedua suspek ditahan dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Iklan