Seorang nelayan menjala ikan di muara sungai yang cetek berikutan air surut semasa tinjauan di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini.
Sempena Hari Meteorologi Sedunia bertemakan 'Amaran Awal dan Tindakan Awal', Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) komited untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami.
Tema tersebut menunjukkan kepentingan amaran awal agar semua pihak dapat bersiap siaga dan bertindak lebih awal dalam menghadapi sebarang bencana melalui penggunaan maklumat hidrometeorologi dan iklim agar kesan risiko bencana seperti kemusnahan alam, harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan. - Foto Bernama