PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menyingkap saingan Terbuka Switzerland dengan nada positif apabila menyingkirkan Fabian Roth dari Jerman.
Aksi St Jakobshalle Basel tersebut menyaksikan pemain berstatus nombor ke-46 dunia itu tidak berdepan masalah menewaskan lawannya yang berstatus 62 dunia dengan kemenangan 21-16, 21-15 dalam aksi selama 47 minit.
Iklan
Iklan
Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong bakal berdepan pilihan keempat dari Indonesia, Jonatan Christie di pusingan kedua.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita, S Kisona turut mara selepas menumpaskan pemain Switzerland, Nadia Fankhauser 21-13, 21-11 dalam masa 33 minit.
Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula yang merupakan pilihan kelapan turut mara apabila mengambil masa 26 minit untuk mengalahkan pasangan Denmark, Emil Lauritzen-Mads Vestergaard 21-9, 21-13, sekali gus menempah slot menentang Jeppe Bay-Lasse Molhede.