Vios Challenge: Alister tekad gegar Litar Antarabangsa Sepang

Iklan
Alister (kiri), tidak berdepan tekanan pada Vios Challenge kali ini.

PELUMBA Axle Motorsports, Alister Yoong menyasarkan untuk menjuarai Pusingan Pertama Musim Kelima Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Menurut Alister, biarpun merupakan muka baharu dalam siri perlumbaan itu, namun berdasarkan pengalaman dan lesen perlumbaan dimilikinya, dia bakal bersaing dalam kategori Super Sporting yang membariskan pelumba elit dan profesional.

Iklan
Iklan

"Pelumba-pelumba dalam kategori Super Sporting ini merupakan antara pelumba terbaik di Malaysia seperti pelumba muda, Hayden Haikal, pelumba siri antarabangsa WTCR Mitchell Cheah dan Tengku Djan Ley yang berpengalaman selama 30 tahun selain muncul juara tiga kali sebelum ini.

"Kesemua pelumba ini begitu hebat dan saya akan cuba untuk mengatasi mereka di litar kerana saya mendapat khidmat daripada pasukan, jurutera perlumbaan dan rakan-rakan sepasukan yang sekali gus dilihat membantu saya membuat persiapan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Iklan

Vios Challenge musim pertama telah berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 2018 manakala kali terakhir ia dianjurkan pada 21 November 2021 lalu dengan menyaksikan Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, muncul juara bagi kategori Super Sporting.

Mengulas lanjut, Alister anak kepada bekas pelumba Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong mengakui tidak berdepan sebarang tekanan bagi mengharungi perlumbaan kali ini.

Iklan

Malah katanya, dia sudah biasa dikaitkan dengan bapanya itu dan setakat ini perkara berkenaan masih mampu ditangani agar ia tidak mempengaruhi prestasinya.

"Sedikit sebanyak memang ada tekanan tetapi ia terpulang bagaimana saya menanganinya dan tidak membiarkan keadaan ini mempengaruhi prestasi saya kerana saya datang untuk berlumba dan saya tahu tugas yang perlu saya lakukan.

"Malah hubungan saya dengan bapa di litar perlumbaan juga bukanlah seperti bapa dan anak tetapi lebih kepada tahap profesional.

"Di litar, kami bukan keluarga, malah kami juga bukan kawan. Hubungan kami profesional, dia sebagai pengurus pasukan dan saya sebagai pelumba. Saya ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan begitu juga beliau,” katanya.