MENJELANG pertemuan menentang Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF, Harimau Malaya menerima perkhabaran gembira apabila pemain naturalisasinya Mohamadou Sumareh kembali cergas untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, Sumareh telah menjalani latihan penuh bersama pasukan dan tahap kecergasannya kini berada dalam keadaan terbaik.
"Sumareh telah kembali menjalani latihan dan kami mengharapkan dia mampu cergas sepenuhnya untuk aksi malam nanti.
"Kemungkinan juga akan berlaku beberapa perubahan susulan kecederaan dialami pemain.
"Ada tiga pemain yang berada dalam pemantauan. Kami masih ada satu hari untuk melakukan persiapan dan penting setiap pemain bersedia bagi menghadapi perlawanan esok walaupun sesetengah daripada mereka mungkin akan turun beraksi buat kali pertama.
"Syazwan perlu dipantau untuk sehari lagi sebelum menerim laporan lengkap daripada doktor.
"Bagaimanapun, saya yakin berbekalkan semangat sepasukan dan galakkan daripada rakan sepasukan akan membantu mereka untuk aksi esok," katanya.
Selain Syazwan Andik yang dilanda kecederaan hamstring, tonggak pertahanan Aidil Zafuan Abd Razak berdepan dengan masalah kecergasan.
Difahamkan Aidil mengalami kecederan dibahagian tapak kaki dan tidak turun beraksi pada hari pertama latihan.
Mengulas aksi malam ini, Cheng Hoe berkata Malaysia menempah tiket ke pentas akhir sekiranya fokus diberikan sepanjang 90 minit beraksi.
"Thailand memiliki jentera serangan yang berkualiti. Penting untuk setiap pemain bersedia bukan sahaja dariapda segi mental dan fizikal malah psikologi kerana adakalanya ia mampu memberi kesan kepada pemain sebab apabila kami bermain di tempat lawan kami tidak menang.
"Kali ini kami perlu ubah dan lebih yakin. Pemain perlu percaya kepada diri sendiri," ujarnya.